Pelbagai Jenis Agama Dan Cara Beribadah Di Malaysia
AGAMA MERUPAKAN ASPEK TERPENTING
Saturday, 15 October 2016
Monday, 10 October 2016
TAJUK PB : E-FOLIO (LAPORAN DAN WEB/BLOG)
DUB 2012- NILAI MASYARAKAT MALAYSIA SESI JUN 2016
NAMA : SARAVANAN A/L G. BARATHIMOHAN.
NO MATRIKS: 12DIP15F2016
NAMA : ENDHRAN A/L ARUMUGAM
NO MATRIKS: 12DIP15F2026
MENGHUBUNGKAIT TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT DAN NEGARA.
TAJUK TUGASAN : Agama Merupakan Aspek Terpenting.
Penghargaan
Kami bersyukur kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada ENCIK MAZUKI BIN SALIMpensyarah matapelajaran pengajian malaysia (dub 2012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang di beri ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.
Begitulah jugaa pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.
sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagairenung-renungan dan selamat beramal.
"kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus".
Pengenalan
Pembangunan pesat negara turut memberikan kesan kepada pelbagai gejala sosial dalam kalangan masyarakat. Media arus perdana sering melaporkan bahawa kes-kes jenayah dan pelbagai masalah sosial terus membarah dalam kalangan masyarakat. Gejala sosial yang semakin meruncing begitu menggusarkan masyarakat. Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan? Keadaaan semasa menunjukkan bahawa masalah gengsterisme, vandalisme, samseng jalanan, pembuangan bayi, remaja lari dari rumah. sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja. Setiap permasalahan tersebut jika tidak dibendung dan dikawal dengan rapi, akhirnya akan menjadi duri dalam daging dan seterusnya membawa kemusnahan kepada negara. Justeru itu pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah sosial yang akan menghancurkan generasi yang akan memimpin negara suatu masa kelak.
Nilai Murni Masyarakat Melayu
Masyarakat Melayu sangat terkenal dengan budi pekerti dan berbudi bahasa. Keadaan ketinggian budi pekerti dan budi bahasa sering digambarkan dalam pantun-pantun Melayu seperti berikut:
Pulau Pandan Jauh ke tengah,
Gunung Daik Bercabang tiga;
Hancur Badan di kandung tanah,
Budi baik dikenang juga.
Alam masyarakat Melayu keperibadian dan pembentukan sahsiah diri amatpenting untuk membina peribadi Melayu yang baik,beragama,berakhlak dan berbudi. Pelbagai bentuk agen memainkan peranan penting dalam membentuk struktur kemasyarakatan dalam masyarakat umat Islam dan orang Melayu. Keluarga merupakan agen sosialisasi utama dalam masyarakat untuk melaksanakan tanggungjawab yang berat ini. Keluarga memainkan peranan penting untuk mendidik dan mengajar anak-anak menjadi anggota masyarakat yang mempunyai keperibadian yang luhur dan suci dan terhindar dari segala gejala-gejala yang tidak sihat. Masyarakat perlu merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Ini dapat memastikan anggota masyarakat bertindak mengikut landasan yang dibenarkan dalam masyarakat dan budayanya. Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islamadat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi mesti tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang dianuti masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu mengguna pakai kaedah menegur, memberi nasihat dan juga merotan dengan kadar yang sepatutnya sejak kecil antara budaya masyarakat Melayu yang menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas dalam proses sosialisasi dan pembudayaan.
Nilai-Nilai Murni Masyarakat India
Masyarakat India kebanyakannya beragama Hindu. Bagi masyarakat India keluarga merupakan unit asas dan terpenting. Masyarakat india juga mengamalkan 10 sistem keluarga bersama. Konsep tersebut membentuk keperibadian dan jati diri masyarakat India agar bertindak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh ajaran agama mereka. Perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian kepada semua golongan sangat dititik beratkan dalam masyarakat India. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda. Sistem keluarga bersama juga mengalami kemerosotan kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran semasa dan arus pemodenan terutama pengaruh daripada Barat menerusi media massa dan ICT. Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan purusrtha iaitu empat objektif mulia yang mesti ada dalam membentuk jati diri masyarakat India.
Aram/dharma
iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang mementingkan moral dan etika merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini.
Porul/artha
iaitu kekayaan individu yang berkemahiran hendaklah bekerja dan mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara yang halal.
Inbam/kama
iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan moral dan etika. Tujuan mencari rezeki untuk memberi makan dan pakaian keluarga.
Vidu/moksha
iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi. Mereka melakukan kerja amal disamping menyebarkan jaran-ajaran agama.
Kesimpulannya , agama Hindu menitik beratkan kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan kebaikan dan tidak melakukan kerosakan terhadap makhluk lain sama ada manusia atau haiwan. Sekiranya mempunyai nilai-nilai murni dan mengamalkannya mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai darjat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingga mencapai mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran. Kepercayaan inilah yang membentuk keperibadian masyarakat India dari segi etika dan moral yang mantap agar kehidupan mereka menjurus ke arah yang lebih baik dan dapat menghindarkan masyarakat tersebut dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam kepercayaan mereka.
Nilai-Nilai Murni Masyarakat Cina.
Masyarakat Cina mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang tersendiri. Mereka memuja nenek moyang dan tian (langit) di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman atau alam semulajadi. Masyarakat Cina mementingkan kepercayaan yang boleh memberikan kesejahteraan, kemakmuran, kebahagian dan kekayaan. Bagi masyarakat Cina kepercayaan dan agama merupakan perkara yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagian hidup selagi tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Masyarakat cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat. Masyarakat Cina mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang yang menjadi prinsip tertinggi dalam alam semesta dalam konteks etika Konfusianisme. Agama Buddha, Taoisme dan Konfusianisme menekan aspek etika dan moral.
Konsep ying dan yang mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina bagi mencapai keseimbangan di antara langit dan bumi. Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran Konfusius (551SM-479SM). Konfusianisme menekan pengamalan nilai dan sifatmoral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Selain itu, ketaatan kepada ibu bapa juga dititikberatkan oleh ajaran Konfusius. Manusia dikatakan mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat. Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia(xiao). Mensius menegaskan sifat semulajadi manusia baik ketika dilahirkan.
Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat di mana usaha individu yang membentuk peribadi kearah kebaikan. Gaozi menyatakan sifat semulajadi manusia tidak baik dan tidak jahat.
Ajaran Konfusianisme menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai wulaniaitu:
i) Raja dengan menter
ii) Ayah dengan anak
iii) Suami dengan isteri
iv) Abang dengan adik
v) Kawan dengan kawan
Konsep di atas jelas menunjukkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai murni yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Keluarga masyarakat Cina amat mengambil berat tentang hubungan sesama manusia. Walaupun sistem kekeluarga tradisional pernah mengalami perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa bapa tetap berkekalan dan berlanjutan sehingga hari ini. Ajaran Buddha mementingkan kesederhanaan di mana pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Perkara ini dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan. Kesimpulannya, masyarakat Cina atau agama Buddha menyeru penganut berakhlak mulia. Oleh itu, masyarakat dan negara haruslah hidup secara beretika berbudi pekerti mulia. Pemerintah dan rakyat jelata mestilah mempunyai moral dan akhlak yang mulia. Keluarga , masyarakat dan negara perlu mengetahui peranan masing-masing supaya kehidupan kita aman dan sejehtera.
Pendidikan agama untuk rumah tangga agama.
Bagi mengatasi masalah kepincangan dalam institusi kekeluargaan adalah dengan menganjurkan satu program ilmiah tentang institusi keluarga kepada bakal pasangan suami isteri sebelum mereka mendirikan rumahtangga. Program ini mestilah diwajibkan untuk semua bakal pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Program ini adalah untuk memberi satu bimbingan kepada bakal pasangan untuk menghadapi alam rumah tangga. Selain itu, program ini akan memberi penekanan kepada bakal pasangan tentang kehidupan berkeluarga berlandaskan agama Islam. Dalam sesebuah perkahwinan telah ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.
Didikan agama untuk sebagai ketua keluarga.
Sekiranya peraturan-peraturan ini tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya pasangan suami isteri sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram. Bagi memastikan kehidupan keluarga berjalan dengan teratur dan harmoni, Islam menggariskan dengan terperinci peranan dan tanggungjawab seseorang sebagai ahli keluarga. Dengan adanya program ini, bakal pasangan suami isteri akan lebih mengetahui tentang tanggungjawab mereka dalam keluarga. Pasangan juga akan lebih bersedia dengan alam perkahwinan. Secara tidak langsung, permasalahan dalam sesebuah keluarga itu dapat dikurangkan disebabkan pasangan suami isteri telah mengetahui tentang tanggungjawab mereka dalam keluarga.
Didikan sejak kecil lagi bagi kanak-kanak oleh ibu bapa.
Di samping itu, Pasangan ibu bapa itu sendiri memainkan peranan yang penting dalan mengatasi permasalahan yang berlaku dalam keluarga mereka. Kebahagiaan dalam keluarga berpunca daripada kerkesanan pendidikan yang disalurkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Jika ibu bapa memanfestasikan budi pekerti dan tatasusila yang baik kepada anak-anak, nescaya sesebuah keluarga itu akan bahagia kerana mereka saling hormat menghormati dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Secara fitrah manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Jika para ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari wang, ini akan merenggangkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Generasi muda pada zaman sekarang mejadi liar dan tidak tentu arah kerana mereka dahagakan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Remaja suka memberontak dan ini akan menyebabkan sesebuah keluarga itu menjadi porak peranda. Cara ibu bapa mengasuh anak-anak mereka juga diambil kira. Ibu bapa harus memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Kebanyakan anak Melayu Islam kita tidak dihantar ke madrasah ataupun diberikan pendidikan agama. Masyarakat kita masih memandang remeh terhadap hal ini.
Didikan dapat membentuk insan yang mulia.
Selain itu, untuk mengelak daripada berlakunya masalah dalam institusi kekeluargaan adalah dengan berpegang teguh dengan ajaran agama Islam. Islam telah membentuk satu panduan tentang kehidupan dalam keluarga. Setiap pasngan suami isteri seharusnya memahami tanggungjawab mereka dalam keluarga. Sebagai contoh, suami mempunyai tanggungjawab untuk menjadi seorang ketua keluarga, pelindung kepada isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ,suami berkewajipan membimbing, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya. Pentadbiran suami di dalam rumah tangga hendaklah berdasarkan belas kasihan dan memberi contoh yang baik. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina sesebuah institusi kekeluargaan.
Manakala, tanggungjawab seorang isteri pula menjadi pembantu kepada suami apabila suami menjadi ketua keluarga. Isteri mempunyai tanggungjawab dan tugas tertentu. Antaranya adalah mengendalikan kerja-kerja rumah. Selain itu, isteri wajib berhias untuk suami.
Kesabaran antara suami dan isteri untuk mengeratkan hubungan.
Dalam Islam, isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika berada disampingnya. Isteri juga perlu pandai memujuk suami apabila suami berada dalam keadaan marah kerana pujik-memujuk itu penting dalam kehidupan rumahtangga. Dan yang paling penting isteri hendaklah taat kepada suami. Isteri tidak boleh sekali-kali membelakangkan suami kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Isteri hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri. Perhubungan antara suami isteri juga perlu dihormati dengan mewujudkan pergaulan yang baik dan menjauhkan segala perkara yang boleh mengeruhkan suasana dalam kehidupan rumah tangga.
Didikan agama untuk mengelakan remaja daripada terlibat gejala negatif.
Sehubungan itu, mengatasi masalah remaja ialah memberi didikan agama kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kendalipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan cahaya keimanan yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Di samping itu, ada juga keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kerohanian. Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anakanak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untukmembantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anakanak mereka tidaklah Bagai mencurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.
KESIMPULAN
Dalam konteks ini, Malaysia selaku sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Iban, Murut, Bajau, Bidayuh, Penan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Orang Asli dan kaum bumiputera yang lain, perlu memahami nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang menjadi anutan rakyat Malaysia agar dapat menerapkan nilai-nilai menghormati agama lain dalam menjayakan Gagasan 1 Malaysia Memandangkan komposisi rakyat beragama Islam adalah seramai 60.4%, penganut agama Buddha seramai 19.2 %, penganut agama Kristian seramai 9.1 %, penganut agama Hindu 6.3 % dan penganut fahaman Confusius/Taoism dan lain-lain fahaman tradisi Cina dan lain-lain adalah seramai 2.6 %, nilai-nilai yang bersifat universal antara kaum perlu ditonjolkan supaya rakyat dapat menghormati agama-agama yang diamalkan di Malaysia.
Toleransi dan memperakui perbezaan agama antara rakyat adalah asas perpaduan dan kekuatan rakyat Malaysia. Malah, kekurangan menyedari dan memahami nilai-nilai pelbagai agama di kalangan rakyat Malaysia akan menghalang dan menjejas usaha-usaha kerajaan dalam memupuk dan memantapkan perpaduan sejati di kalangan rakyat Malaysia. Semua agama dan ajaran utama yang diamalkan di Malaysia seperti agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, ajaran Konfusius dan Taoisma memiliki nilai-nilai murni yang mengorak langkah kearah perpaduan dan kesejahteraan malah menjadi platform untuk kejayaan dan kekuatan rakyat Malaysia. Walaupun konsep, falsafah, teologi dan doktrin agama rakyat Malaysia berbeza-beza dalam konteks akidah kerana berbezaan asal-usul, sejarah dan perkembanganya, adalah penting bagi rakyat Malaysia secara amnya dan generasi muda secara khususnya memahami nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam pelbagai agama supaya rakyat Malaysia dapat menjalinkan hubungan baik antara mereka tanpa perasaan prejudis agama.Generasi muda perlu dididik memahami persamaan dan perbezaan-perbezaan di antara agama-agama di Malaysia kerana merekalah bakal pemimpin, tiang dan warisan negara ini. Mereka perlu dilengkapkan dengan pengetahuan sosio-budaya rakyat berbilang kaum supaya mereka mampu terus mempertahankan warisan negara agar menjamin kemakmuran bumi ini secara berterusan. Ini adalah selaras dengan kata-kata Saidina Umar Ibn Khattab, yang bermaksud
“ Didiklah anak-anak kamu untuk zaman yang bukan zaman kamu”.
Toleransi dan memperakui perbezaan agama antara rakyat adalah asas perpaduan dan kekuatan rakyat Malaysia. Malah, kekurangan menyedari dan memahami nilai-nilai pelbagai agama di kalangan rakyat Malaysia akan menghalang dan menjejas usaha-usaha kerajaan dalam memupuk dan memantapkan perpaduan sejati di kalangan rakyat Malaysia. Semua agama dan ajaran utama yang diamalkan di Malaysia seperti agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, ajaran Konfusius dan Taoisma memiliki nilai-nilai murni yang mengorak langkah kearah perpaduan dan kesejahteraan malah menjadi platform untuk kejayaan dan kekuatan rakyat Malaysia. Walaupun konsep, falsafah, teologi dan doktrin agama rakyat Malaysia berbeza-beza dalam konteks akidah kerana berbezaan asal-usul, sejarah dan perkembanganya, adalah penting bagi rakyat Malaysia secara amnya dan generasi muda secara khususnya memahami nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam pelbagai agama supaya rakyat Malaysia dapat menjalinkan hubungan baik antara mereka tanpa perasaan prejudis agama.Generasi muda perlu dididik memahami persamaan dan perbezaan-perbezaan di antara agama-agama di Malaysia kerana merekalah bakal pemimpin, tiang dan warisan negara ini. Mereka perlu dilengkapkan dengan pengetahuan sosio-budaya rakyat berbilang kaum supaya mereka mampu terus mempertahankan warisan negara agar menjamin kemakmuran bumi ini secara berterusan. Ini adalah selaras dengan kata-kata Saidina Umar Ibn Khattab, yang bermaksud
“ Didiklah anak-anak kamu untuk zaman yang bukan zaman kamu”.
LAMPIRAN
Kepercayaan kepada Tuhan.
Menunaikan solat dan mengikut suruhan Tuhan.
Mempelajari didikan agama sejak kecil lagi.
RUJUKAN
Bibliografi
Coleman, J.W dan Cressey, D.R (1993). Social Problem. 5th
edition. Harper Collins.
Mahmood Zuhdi (1997). Pengantar Undang-Undang Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Jalaludin Abd. Aziz (Mac 2006). Senario Keluarga Masa Kini dan
Masa Depannya. ISM Minda, Vol. 6. Institut Sosial Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)